Kehidupan dan kerjaya Raja_Ilya

Raja Ilya memiliki darah keturunan Melayu, Arab dan India merupakan anak bongsu daripada empat beradik. Beliau memiliki Diploma dalam Pengurusan Perniagaan di sebuah universiti terkemuka negara.

Beliau memulakan kerjaya lakonannya pada 2010 menerusi pembikinan semula filem Papadom yang bertajuk Appalam arahan Afdlin Shauki yang merupakan versi bahasa Tamil, Ilya memegang watak sebagai Shruti. Beliau kemudiannya memegang watak sampingan dalam filem bertemakan 1Malaysia, Estet arahan Mamat Khalid.[1][2]

Pada 2015, beliau membintangi bersama Aaron Aziz dan Lisa Surihani menerusi filem Suamiku, Encik Perfect 10 arahan Mohd Feroz Abdul Kadir dimana beliau memegang watak Azura Hanim.[3]

Pada tahun yang sama, beliau melakonkan watak Inspektor Shakila dalam siri drama kepolisan RTM, Gerak Khas.[4][5] Ilya mempunyai peranan sebagai Rina dalam telefilem Jelmaan untuk siaran di Astro First Eksklusif.[6][7]

Beliau menyertai rancangan realiti TV Gempak Superstar yang bersiaran di Astro Ria dan hanya bertahan sehingga minggu keempat.[8]

Pada 2017, beliau dilaporkan bakal membintangi sebuah filem Hollywood terbitan Marvel.[9][10][11][12][13]

Beliau juga menceburi bidang perniagaan dengan menubuhkan kafenya yang diberi nama Richiamo Coffee dengan cawangan pertamanya dibuka di Varsity Mall, Universiti Utara Malaysia.[14]

Rujukan

WikiPedia: Raja_Ilya http://www.astroawani.com/berita-hiburan/raja-ilya... http://www.astroawani.com/video-hiburan/raja-ilya-... http://www.budiey.com/sinematografi-terbaik-filem-... http://www.cinemablend.com/news/1628410/5-marvel-c... http://www.imdb.com/name/nm0700503/ http://screenrant.com/malaysian-actress-raja-ilya-... http://www.star2.com/entertainment/movies/movie-ne... http://www.astrogempak.com.my/artikel/3620/raja-il... http://www.bharian.com.my/node/196676 http://ww1.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&d...